Hukum Dalton
Dalam kimia dan fizik, Hukum Dalton (juga disebut sebagai Hukum Dalton bagi separa tekanan) yang dirumuskan oleh John Dalton pada tahun 1801 menyatakan bahawa jumlah tekanan campuran gas unggul sama dengan hasil tambah kesemua tekanan separa gas individual yang terdapat di dalam campuran tersebut.[1] Hukum empirik ini diperhatikan oleh John Dalton pada 1801 dan ia mempunyai kaitan dengan hukum gas unggul.
Rumus
[sunting | sunting sumber]Molekul-molekul di dalam campuran gas unggul tidak saling bertindak kerana kedudukan mereka yang jauh antara satu sama lain. Sebagai contoh, jumlah tekanan campuran gas unggul yang mengandungi nitrogen, hidrogen dan ammonia boleh dikira seperti berikut:
Secara mathematik, tekanan bagi campuran gas unggul boleh ditakrifkan sebagai ringkasan:
- atau
di mana mewakili tekanan separa bagi setiap komponen.[1]
di mana merupakan "pecahan mol" bagi komponen i-th dalam jumlah keseluruhan campuran bagi komponen n.
Di mana: | |
= jumlah tekanan campuran gas unggul | |
= tekanan separa nitrogen (N2) | |
= tekanan separa hidrogen (H2) | |
= tekanan separa ammonia (NH3) |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Silberberg, Martin S. (2009). Chemistry : the molecular nature of matter and change (ed. 5th). Boston: McGraw-Hill. m/s. 206. ISBN 9780073048598.